Rabu, 22 September 2010

MAJLIS PELANCARAN BANGUNAN MADRASAH FASA KE DUA

PAS Kawasan Marang akan mengadakan Majlis Pelancaran Bangunan Madrasah Darul Iman Fasa Kedua pada 24 September 2010 Jumaat malam Sabtu jam 9.30 malam di perkarangan Madrasah Darul Iman.

Bangunan tersebut akan dilancarkan oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS pada masa yang sama beliau akan menyampaikan ceramah sempena merasmikan Pelancaran Bangunan MDI Fasa Kedua.

Bangunan 3 tingkat yang dirancang pembinaannya akan menelan kos sebanyak RM500,000.00 adalah fasa kedua dalam pembangunan Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman. Fasa  pertama telah siap pada bulan September 2010 dan pelajar akan mula menggunakannya pada Januari 2011.

Dengan ini kami menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir ke Majlis Pelancaran Bangunan Madrasah Darul Iman Fasa Kedua ini.

Justeru itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan para dermawan untuk menyiapkan bangunan MDI fasa kedua ini dengan lebih cepat supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan