MATLAMAT MDI

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “ Dilahirkan anak Adam dalam keadaan suci bersih, maka kedua ibubapalah yang membentuknya samada menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi”.
Hadith tersebut menegaskan betapa pentingnya tanggungjawab kedua ibubapa dalam membentuk dan mendidik anak-anak ke jalan yang betul agar tidak tergolong di kalangan manusia yang syirik kepada Allah swt.
Ia juga menjelaskan betapa perlunya satu pendidikan kanak-kanak yang terancang dan sempurna di rumah ataupun tempat pendidikan Islam yang semestinya mendapat perhatian daripada seluruh masyarakat.
Bahkan anak-anak merupakan benih-benih suci yang akan meneruskan kesedaran dan kebangkitan islam dengan sempurna di samping menjadi khazanah ibunda dan ayahandanya yang paling berharga.
Harus disedari bahawa di peringkat persekolahanlah kanak-kanak perlu dibentuk dengan cara hidup Islam supaya apabila mereka dewasa, mereka menjadi umat yang bertanggungjawab bagi menegakan keadilan dan kemakmuran di atas muka bumi ini.
MATLAMAT
1.      Melahirkan pelajar yang berilmu, beriman, serta beramal dengan penuh ke-taqwaan kepada Allah SWT.
2.      Membentuk pelajar yang bertanggungjawab untuk membangunkan diri, masyarakat dan Negara kea rah pembentukan Daulah Islamiyyah.
3.      Menjana pelajar agar mampu membentuk sikap, pandangan hidup, keperibadian dan berkemahiran bagi memperjuangkan Islam secara syumul.
4.      Mewujudkan pelajar yang akan mengembangkan semangat jihad dan mencintai syahid.
5.      Membina pelajar yang mengihsankan diri dalam menuntut keredhaan Allah SWT di dunia dan di akhirat.
KURIKULUM
o    Berpaksikan Akademik dan Diniyyah
o    Menekankan kemahiran menghafaz, berdoa, menulis, membaca dan mengira.
o    Subjek utama Al-Quran, Tajwid, Tasfir, Tauhid, Feqah, Sirah dan  Akhlak yang diajar dalam Bahasa Arab.
o   Mengekalkan mata pelajaran asas seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains.
o   Hafazan Doa, Iqra’, Tahfiz dan Riadhah.
KO-KURIKULUM
·        Kem Akademik
·        Lawatan Sambil Belajar
·        Tamrin Tahunan (dalam dan luar sekolah)
·        Usrah Bulanan, Rehlah dan Perkhemahan
·        Sukan, Pertandingan Pentas dan Kreatif
·        Kelab dan Badan Beruniform
·        Bengkel Puasa
·        Kem Solat