Ahad, 26 September 2010

MAJLIS AIDIL FITRI PAS KAWASAN MARANG

Sabtu 25 september 2010, PAS Kawasan Marang dengan jayanya mengadakan rumah terbuka Aidilfitri , di tapak Madrasah Darul Iman di Kampung Titian Baru, Bukit Payong.

Program kali ini melibatkan keseluruhan sayap parti dan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Marang.

“Bagi DUN Alor Limbat ,telah menyediakan lemang, rendang ayam dan daging serta laksa manakala DUN Pengkalan Berangan menyediakan makanan tradisi Terengganu, iaitu nasi dagang.

“Bagi DUN Rhu Rendang, mereka akan menyediakan sate dan nasi himpit manakala DUN Bukit Payong menyediakan nasi minyak berlaukkan ayam dan daging. Pemuda menyediakan ayam panggang manakala Muslimat akan menyediakan tapai istimewa serta ketupat selain Ulama menyediakan aneka jenis minuman,”

Pada jam 11.30 pagi semua jenis hidangan telah habis, dan anggaran tetamu yang datang 10,000 orang.

Pada, majlis tersebut diserikan dengan persembahan nasyid dan Mahrajann Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Marang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan