Rabu, 13 Julai 2011


Karnival Kesenian DAR-DAR Terengganu

Tarikh    : 16/7/2011 (Sabtu)
Masa      : 8.00 pg -- 4.00ptg
Tempat  : Madrasah Darul Iman, Titian Baru, Kedai Buloh, Marang
Anjuran : Dewan Ulama' PAS Terangganu

Semua dijemput hadir

Isnin, 2 Mei 2011

يوم الرياضة مدرسة دار الإيمان



Hari Sukan Madrasah Darul Iman (SUKMaDI) Kali Ke 4

Tarikh : 11 Mei 2011
Hari : Rabu
Masa : 8.00 pagi - 12.00 tghari
Tempat : Padang bersebelahan Madrasah Darul Iman

Ibu Bapa Dijemput Hadir.

Sabtu, 16 April 2011

KADET AMAL MADRASAH DARUL IMAN

Lawatan Jabatan Amal Kawasan Marang
ke Madrasah Darul Iman

Pada : 19 April 2011
Hari : Selasa
Masa : 9.30 Pagi




untuk melihat gambar klit pada halaman Galeri Slide MDI

Isnin, 28 Februari 2011

OTI 1 AKAN BERTEMU ANAK-ANAK MDI

OTI 1 Madrasah Darul Iman akan diadakan pada 6 Mac - 10 Mac 2011. Pihak MDI mengharapkan kejayaan milik anak-anak semua dan ilmu yang bermanfaat. good luck..




Ahad, 2 Januari 2011

KEMBALI KESEKOLAH 2011

Assalamualaikum. Selamat Kembali Kesekolah untuk sesi 2011.

Semakin Jauh Perjalanan, Semakin Dekat Kematian
Semakain Bertambah Bebanan, Semakin Kurang Keupayaan
Semoga Izrail Belum Memanggil Kita,
Semoga Mikail Terus Memberi Rezeki,
Semoga Ridzuan Menunggu Kita Bukanya Malik,

Selamat Bertugas Buat Guru-guru & Kakitangan MDI
Senyum Selalu :)

Sabtu, 9 Oktober 2010

PENGAMBILAN PELAJAR BARU SESI 2011



PENDAFTARAN PELAJAR BARU SESI 2011 MULA DIBUKA SEKARANG
Syarat-syarat kemasukan:-
                                       1- Pengambilan tahun 1 bermula 6-7 tahun
                                       2- Tamat PASTI / PRA Sekolah

Borang boleh didapati di pejabat Madrasah Darul Iman.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:-
                                                      1- email - madrasahdaruliman@gmail.com
                                                      2- tel -     09-6193276

                                                                     09-6193635 waktu pejabat

Muat Turun Borang Kemasukan MDI

Selasa, 28 September 2010

Ahad, 26 September 2010

Gambar Sambutan Raya Pas Kawasan Marang




Maaf!. Gambar-gambar selebihnya akan kembali

MAJLIS AIDIL FITRI PAS KAWASAN MARANG

Sabtu 25 september 2010, PAS Kawasan Marang dengan jayanya mengadakan rumah terbuka Aidilfitri , di tapak Madrasah Darul Iman di Kampung Titian Baru, Bukit Payong.

Program kali ini melibatkan keseluruhan sayap parti dan setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Marang.

“Bagi DUN Alor Limbat ,telah menyediakan lemang, rendang ayam dan daging serta laksa manakala DUN Pengkalan Berangan menyediakan makanan tradisi Terengganu, iaitu nasi dagang.

“Bagi DUN Rhu Rendang, mereka akan menyediakan sate dan nasi himpit manakala DUN Bukit Payong menyediakan nasi minyak berlaukkan ayam dan daging. Pemuda menyediakan ayam panggang manakala Muslimat akan menyediakan tapai istimewa serta ketupat selain Ulama menyediakan aneka jenis minuman,”

Pada jam 11.30 pagi semua jenis hidangan telah habis, dan anggaran tetamu yang datang 10,000 orang.

Pada, majlis tersebut diserikan dengan persembahan nasyid dan Mahrajann Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) Kawasan Marang.

Rabu, 22 September 2010

MAJLIS PELANCARAN BANGUNAN MADRASAH FASA KE DUA

PAS Kawasan Marang akan mengadakan Majlis Pelancaran Bangunan Madrasah Darul Iman Fasa Kedua pada 24 September 2010 Jumaat malam Sabtu jam 9.30 malam di perkarangan Madrasah Darul Iman.

Bangunan tersebut akan dilancarkan oleh Ustaz Nasaruddin Mat Isa, Timbalan Presiden PAS pada masa yang sama beliau akan menyampaikan ceramah sempena merasmikan Pelancaran Bangunan MDI Fasa Kedua.

Bangunan 3 tingkat yang dirancang pembinaannya akan menelan kos sebanyak RM500,000.00 adalah fasa kedua dalam pembangunan Kompleks Pendidikan Madrasah Darul Iman. Fasa  pertama telah siap pada bulan September 2010 dan pelajar akan mula menggunakannya pada Januari 2011.

Dengan ini kami menjemput seluruh muslimin dan muslimat untuk hadir ke Majlis Pelancaran Bangunan Madrasah Darul Iman Fasa Kedua ini.

Justeru itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan para dermawan untuk menyiapkan bangunan MDI fasa kedua ini dengan lebih cepat supaya dapat dimanfaatkan sepenuhnya.