KRONOLOGI PENUBUHAN MADRASAH DARUL IMAN
Usul mesyuarat Agung PAS Kaw.Marang
Jawatankuasa Penaja Sekolah Rendah Islam Marang
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Pas Kawasan Marang telah membentuk Jawatankuasa Penaja untuk mengambil perjalanan sewajarnya supaya sekolah rendah dapat mula beroperasi mulai tahun 2008. Jawatankuasa Penaja telah mengadakan mesyuarat pertamanya pada 14 November 2007 untuk mengatur langkah kerja pembukaan sekolah tersebut.
Pelancaran Pembukaan Madrasah Darul Iman
Tarikh : 30 Nov 2007
Perasmi : YB Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang
Masa : 2:30 petang
Tempat : Perkarangan Masjid Titian Baru
Ahli Lembaga Pengarah Madrasah Darul Iman
Pengerusi : Ustaz Ahmad Ma’aruf bin Ismail
Timbalan Pengerusi : Ustaz Mohd Nor Abdul Rahman
Setiausaha : Ustaz Mazlan Ibrahim
Penolong Setiusaha : Mohd Daik Abu Bakar
Ahli-ahli : Tuan Hj Abdul Haris Malik
Sdr. Hassan Jusoh
Sdr. Asyraf Aziz
Tuan Hj Mohd Deraman
Tuan Hj Sidek Abu Bakar
Tuan Hj Md Harun Ibrahim
Ustaz Abu Bakar Salleh
Tuan Hj Ramli Ismail
Hjh Azizah Mat Zin
Wakil MIBG
Wakil PASTI
Wakil Masjid Titian Baru
Operasi Pengajaran dan Pembelajaran
Di awal pembukaan tahun 2008 tenaga pengajar terdiri daripada:-
Mudir : Ustaz Hj Mazlan Ibrahim
Guru : Ustaz Zulkifli Taib
Ustaz Mohd Suhairi Daud
Cikgu Shalihah Rozali
Pembantu Tadbi : Sdr. Shukri Mohd Nor.
Pengambilan pelajar Tahun Satu -2 Kelas ( 58 orang )
Pada tahun 2009 cadangan pengambilan tahun satu-3 kelas
Maklumat pengambilan/kemasukan ke tahun satu 2009 boleh di dapati di tempat pameran mini sempena mesyuarat agung Pas Kawasan Marang. Lembaga Pengarah, guru dan kakitangan madrasah membantu memberi penerangan kepada para perwakilan dan ahli yang berminat untuk menghantar anak-anak ke madrasah.
Bangunan yang sedia ada memiliki 6 kelas ( tahun 1 tiga kelas, tahun 2 dua kelas dan satu bilik sumber, bermakna keseluruhan bangunan telah penuh. Pengambilan untuk tahun 2010 memerlukan bangunan yang baru.
Perancanagan dan pembangunan
Madrasah memerlukan 18 kelas, satu bilik sumber dan satu bilik guru/bilik gerakan untuk membolehkan Madrasah beroperasi dengan baik. Oleh itu cadangan membina sebuah bangunan empat tingkat mempunyai 20 buah kelas perlu disegerakan. Keperluan perancangan adalah sebagaiman berikut:
· Kerja tapak/tanah dilaksanakan pada tahun 2008.
· Kerja-kerja pembinaan bangunan perlu bermula tahun 2009
· Bilik-bilik kelas boleh digunakan pada Januari 2010.
Sehubungan dengan itu, pihak Madrasah bercadang untuk membeli tanah di sebelah bangunan sedia ada untuk membina sebuah bangunan empat tingkat dengan setiap tingkat sebanyak 5 bilik darjah bagi menampung keperluan kelas sehingga tahun 2013.
Para perwakilan/ahli bolehlah membeli lot-lot tanah tersebut dan mewakafkan kepada Madrasah sebagai amal jariah yang berterusan.
Pentadbiran dan Kewangan
Langkah-langkah untuk mendapatkan sumber kewangan tambahan
1. Sumbangan daripada masjid-masjid pilihan
2. Sumbangan individu
3. Lain-lain
Melalui Mesyuarat Agung Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang, Mesyuarat Agung Muslimat PAS Kawasan Marang dan Mesyuarat Agung PAS Kawasn Marang pada tahun 2008, pihak Madrasah berharap perwakilan, pemerhati dan ahli dapat membuat aku janji untuk memberi sumbangan bulanan atau tahunan kepada Madrasah. Pihak Madrasah akan menyediakan sijil beserta surat akur janji dan kad laporan catatan sumbangan bulanan.